Tuesday, June 19, 2012




1.1   PENGENALAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
 



*      Dalam arus pendidikan pada masa kini, amatlah dititik beratkan dan memainkan peranan yang amat penting serta sentiasa dikemaskini bagi memperkukuhkan lagi strategi dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

*      Pendidikan amatlah diperlukan pada semua manusia malah merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun.


*      Oleh itu, pendidikan tentang islam adalah pendidikan yang paling tepat untuk membentuk dam mendidik mereka supaya berakhlak mulia, mendidik roh supaya halus sempurna, mengasuh mereka melakukan perkara yang baik, menjadi terhormat dan berakhlak mulia menjadi seorang yang berdisiplin serta sentiasa berada dalam keredhaan Allah s.w.t.

*      Dalam mendidik seseorang murid yang masih berada di tahap sekolah rendah, seseorang guru mestilah membuat perancangan dan menyenaraikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melancarkan lagi proses pembelajaran semasa di sekolah. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian.





*      Kaedah ialah satu perancangan yang sistematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran. Kaedah merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu seuatu pendekatan memungkinkan beberapa kaedah.Berbagai-bagai factor mempengaruhi persembahan bahan agama Islam secara sistematik kepada pelajar. Umpamanya jenis pelajar, latar belakang tempat tinggal, bandar atau luar bandar, tua, muda, latar ibu bapa dan seumpamanya.
*      Kaedah adalah sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka.
*      Ianya melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, keterampilan oleh guru, nilai-nilai dan kemahiran yang diinginkan kepada pelajar. Merangkumi semua program ataupun perancangan guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
*      Perancangan pengajaran adalah proses pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi aktiviti-aktiviti penentuan topik dan isi yang hendak disampaikan, kebolehan sedia ada murid-murid serta objektif pengajaran yang hendak dicapai selepas sesuatu aktiviti pengajaran
*      Perancangan merupakan bahagian yang penting dalam proses pengajarannya, kerana sesuatu perancangan yang baik dan rapi jika dilaksanakan dengan betul akan menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang optimum. Pada peringkat ini, beberapa perkara perlu di kumpul atau disediakan oleh guru bagi merancang penyampaian secara lebih efektif. Perkara-perkara tersebut ialah maklumat mengenai murud, kelas dan mata pelajaran, topic aktiviti, pengetahuan sedia ada dan objektif pengajaran dan pembelajaran.




1.2   CARTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
         SERTA HURAIAN
KAEDAH SOKRATIK
Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan. Apa yang dipentingkan ialah perkembangan kemahiran menyoal yang menuju kepada kebenaran. Sokratik mengajar pengikutnya cara bagaimana sesuatu definisi dicapai.
KAEDAH PROJEK
Kaedah projek merupakan  suatu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu uji kaji atau kegiatan di dalam situasi yang sebenar bertujuan mendapatkan sesuatu hasil.
KAEDAH DAPATAN ATAU PENYELIDIKAN
Dengan kaedah ini, murid-murid belajar menyelidiki sendiri ,melalui pemerhatian percubaan dan ujian.
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Kaedah ini melibat lima langkah iaitu : (1) Mengenalpasti masalah (2) Mengenalpasti maklumat (3) Membuat hipotesis (4) Menguji hipotesis (5) Menilai dan membuat rumusan.














                         
KAEDAH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.2.1   CARTA TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 

KAEDAH
        PERBINCANGAN

    KAEDAH LATIH TUBI

                               KAEDAH  SYARAHAN /  KULIAH                          
                                      
KAEDAH  HAFALAN

KAEDAH  ULANGAN

KAEDAH  SOAL JAWAB

KAEDAh BERCERITA

  KAEDAh PERMAINAN
 











TEKNIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1.3   HURAIAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN                   
        PEMBELAJARAN
KAEDAH SYARAHAN / KULIAH
 



*      Kaedah syarahan atau kuliah merupakan kaedah penyampaian pengajaran yang umumnya digunakan di pusat pengajian tinggi, tetapi kaedah tersebut semakin popular . Pada hari ini, kaedah ini telah digunakan di peringkat sekolah rendah. Kaedah ini merupakan  kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan sesuatu matapelajaran  serta penerangan daripada pihak pelajar.
*      Contoh dari RPH : guru menerangkan pengertian solat serta rukun solat.
KAEDAH HAFALAN
 



*      Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguatkan dan mengembangkan ingatan dan ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis.
*      Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang paling penting dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Sebaik sahaja Rasullah menerima wahyu, Baginda segera dan bersungguh-sungguh menghafal wahyu tersebut kerana bimbang wahyu itu hilang dari ingatannya. Allah berfirman :
لا تحرك به لسانك لتعجل به (16) إن علينا جمعه وقرءانه (17) فإذا قرأنه فاتبع قرءانه (18)
   “ Maksudnya “ Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu, supaya segera membaca Al Quran itu, sesungguhnya Kami akan menghimpunkan ( memberi hafalan) dan menetapkan bacaannya ( pada lidahmu ) maka apabila Kami bacakan ia, maka hendaklah engkau turut membacanya, kemudian Kami terangkan ( sehingga engkau memahami )




*      Kaedah ini digunakan dalam pengajaran al-quran. Pada peringkat hafalan, guru tidak menghuraikan maksud disebabkan ketidakmampuan kanak-kanak memahaminya dan tahap hafalan pelajar bergantung kepada kekuatan ingatan mereka sendiri. Dan dalam kaedah ini juga, guru tidak dapat memaksa murid untuk dapat mengingati secara cepat, ini adalah kerana tahap ingatan mereka tidak sama.
*      Contoh guru membaca rukun solat secara jelas dan mengikut tertib. Kemudian guru meminta murid mengulang bacaan guru. Seterusnya meminta seorang murid membaca rukun solat dan murid lain akan  mengikut bacaan murid tersebut dengan suara yang kuat sambil melihat slide. Semua ini antara tujuan supaya pelajar dapat mengingati dalil tersebu

KAEDAH SOAL JAWAB



*      Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran dan supaya mereka memberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran. Menyoal juga adalah merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar . Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran sama ada pada peringkat awal, tengah atau akhir bagi menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Menurut Salihan Slais ( 1993), kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati.
*      Contohnya guru menyoal murid , Apakah yang hendak disampaikan melalui tayangan tersebut? Lalu murid-murid akan berfikir dan akan memberi pelbagai jawapan. Jawapan yang tepat adalah cara menunaikan solat dengan cara solat yang betul dan mengikut turutan yang betul.


KAEDAH PERBINCANGAN
 
*      Tujuan kaedah ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan akan berlaku. Kaedah ini juga bertujuan bagi menggalakkan perkembangan mental para pelajar.
*      Tujuan perbincangan hendaklah jelas dan guru perlu memberitahu pada pelajar sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat membuat persediaan dan matlamat perbincangan dapat dicapai. Kemudian guru mengemukakan tajuk. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Peranan guru menerusi kaedah ini adalah bagi merancang ataupun menentukan semua isu utama dalam topik yang akan dibincangkan. Guru juga perlu memastikan setiap pelajar berpeluang memberikan pendapat ataupun mengemukakan soalan.
*      Contohnya Murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang pengertian solat dan menyenaraikan rukun solat.







KAEDAH PERMAINAN
 
*      Kaedah permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan tahap mereka. Kaedah permainan bukan sahaja dapat menghiburkan hati pelajar malah turut membantu mereka bagi menguasai pemahaman berkaitan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru.
*      Contohnya guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab teka silang kata. Teka silang kata juga sebenarnya merupakan salah satu daripada kaedah permainan.
Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Permainan adalah satu cara bagi melatih pelajar memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik permainan yang dijalankan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan pra sekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran pendidikan Islam. Ia dapat menjadikan pengajaran di sekolah menjadi menarik dan praktis.


KAEDAH LATIH TUBI
 
*      Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih tubi. Ia adalah corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Contohnya membaca al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.
*      Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar. Kaedah latih tubi dapat dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis ataupun secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula adalah guru akan memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.
*      Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang pengertian solat dan rukun solat lalu meminta murid menyenaraikan rukun solat  yang terdapat dalam rakaman tersebut. Di akhir pengajaran, guru telah memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.



KAEDAH BERCERITA
 


*      Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Bercerita sahaja tanpa menguasai prinsip-prinsip dan kemahiran tertentu adalah sia-sia kerana tidak akan memberi kesan.
*      Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita-cerita yang dipilih itu adalah cerita-cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan. Pencerita pula mestilah orang yang dapat dijadikan teladan. Janganlah teladan baik yang diceritakan itu tidak pula tergambar pada sahsiah guru di samping penggunaan bahasa dan gaya yang sesuai.
*      Ia adalah satu kaedah yang berkesan bagi digunakan oleh setiap guru dalam pengajaran. Tujuan kaedah ini adalah melatih kemahiran mendengar di kalangan pelajar di samping mengulang sebut fakta daripada cerita yang disampaikan oleh guru.
*      Contohnya selepas menayangkan video berkaitan dengan cara solat Nabi Muhammad S.A.W solat dulu bersama para sahabat.


KAEDAH ULANGAN
 


*      Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingat sesuatu perkara secara berulang kali ataupun berterusan. Kaedah ini menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan pelajar dan guru. Guru akan menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.
*      Contohnya guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru.













ALAT BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN

Antara alat bantu mengajar yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan dengan solat ialah:-

1. Tayangan Video
2. MP4
3. Tayangan slide
4. Kad Manila
5. Komputer
6. Buku Teks
7. Buku Rujukan
8. Kertas Mahjong
9. Kertas A4

Tujuan penggunaan alat bantu mengajar ini adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Oleh itu kemahiran menggunakan alat-alat yang disediakan perlu dikuasai oleh guru bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu mengendalikan kelas-kelas tertentu, terutamanya alat-alat teknologi seperti slaid projektor, televisyen, video, atau alatan multimedia yang lain.

Tanpa alat-alat ini ia mungkin akan mengurangkan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.



ANTARA KAEDAH LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IALAH:-

1) Kaedah Halaqah

Kaedah ini biasanya dilakukan dengan para pelajar duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru. Pada kebiasaannya, guru bersandar pada dinding atau tiang masjid dengan menghadap kiblat.

2) Kaedah Induktif

Kaedah ini bertujuan untuk membimbing pelajar mengetahui fakta-fakta dan hukum-hukum umum melalui jalan pengambilan kumpulan induksi. Guru yang menyampaikan kaedah ini memberi contoh-contoh dan butir-butir yang kecil, kemudian ia membanding dan menentukan sifat-sifat persamaan antaranya untuk mengambil kesimpulan dan membuat dasar umum yang berlaku kepada bahagian-bahagian dan contoh-contoh yang diberi dan belum diberi.

Kaedah ini sangat berfaedah bagi murid-murid untuk membiasakan mereka berfikir, membanding, menimbang antara bahagian dan mengambil kesimpulan dan prinsip-prinsip umum dari bahagian yang disampaikan itu.

3) Kaedah Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan.
Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:

1. Kenal pasti dan faham masalah.
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian
Kaedah ini bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari. Ia juga menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional di samping meningkatkan dan memperkukuh ingatan pelajar. Kaedah ini juga memenuhi kehendak prinsip ’belajar melalui membuat’.

4) Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi

Kaedah ini merupakan satu cara menyediakan bahan pelajaran iaitu objeknya atau prosesnya. Dalam kaedah ini, ia mengutamakan pemerhatian murid secara langsung terhadap sesuatu objek atau proses, kemudian membuat kesimpulan tertentu.
Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Kaedah ini membolehkan pelajar mencontohi sesuatu dengan lebih mudah dan tepat. Ia juga dapat menarik minat pelajar di samping berpeluang untuk belajar bukan sahaja secara teori tetapi juga melakukan sesuatu secara praktikal.

5) Kaedah Amali

kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah ini. Setelah latihan amali dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran. Kaedah ini dapat membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami.

Kaedah amali dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran berkenaan.

Tujuan kaedah ini juga adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru.

6) Kaedah projek

Ia adalah kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan.

Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain.
Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing.

Kaedah projek menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

7) Kaedah Pengalaman atau Pendedahan Kendiri

Kaedah ini melibatkan pengalaman guru atau pengalaman pelajar itu sendiri. Setiap pengalaman yang disampaikan itu mempunyai perkaitan dengan objektif pengajaran. Pendedahan kendiri dapat memberi peluang pada pelajar supaya belajar berkongsi cerita ataupun pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman yang ada dapat dikaitkan dengan sesuatu topik pengajaran dan realiti pengalaman pelajar ataupun guru lebih memudahkan pelajar bagi memperoleh maklumat.

8) Kaedah Sokratik

Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan. Kaedah ini menekankan kepada perkembangan kemahiran bersoal jawab yang memerlukan kemahiran pemikiran yang lebih mendalam. Melalui kaedah ini, sesuatu objektif senang untuk dicapai. Kaedah ini menjadikan pengajaran berlaku secara dua hala, sama ada daripada guru kepada pelajar ataupun daripada pelajar sesama pelajar. Pelajar akan menyusun dan mengatur pengalaman lampau dan sedia ada bagi menjawab soalan.






9) Kaedah Simulasi

Ia adalah salah satu situasi yang serupa dengan situasi yang sebenar bagi tujuan menjalankan latihan bagi menyelesaikan permasalahan. Ia digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu-satu isu ataupun permasalahan yang timbul dalam pembelajaran dapat diselesaikan. Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran adalah sosiodrama dan main peranan.

10) Kajian Kes

Kajian kesakan mendedahkan pelajar kepada situasi hidup yang sebenar. Pelajar akan menganalisis situasi yang diberikan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Guru bertindak sebagai pembimbing. Biasanya guru lebih cenderung untuk tidak membicarakan isu secara aplikasi sebaliknya memimpin dengan cara konseptual sahaja. Sesuatu kajian kes akan memastikan pelajar dapat membuat keputusan, cadangan ataupun pelan tindakan. Kajian kes ini boleh menjadi panjang, sekadar kajian ringkas ataupun pendek.

11) Kaedah Luar Kelas

Kaedah ini bertujuan mengubah suasana biasa pengajaran dan pembelajaran iaitu semasa berada di dalam kelas. Perubahan suasana pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara realiti pada topik yang hendak disampaikan oleh guru. Kaedah ini membantu memudahkan mereka memahami secara lebih menyeluruh dengan topik yang hendak diajar.



12) Kaedah Dialog

Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog atau perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan, dikritik dan dibantah lagi.

13) Kaedah Pengembaraan/ Lawatan

Kaedah lawatan sering diberi pengertian sebagai kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Dalam pelaksanaan kaedah yang dilakukan, guru secara langsung dapat memberi gambaran yang jelas tentang apa yang dilihat dan dialami oleh murid-murid.

















 









*      Pada permulaan tahun, setiap guru perlu menyediakan rancangan kerja untuk tempoh mengajar selama setahun malah disertakan dengan Rancangan Pengajaran Harian. Ia merupakan suatu rancangan yang disediakan oleh guru sebagai panduan bagi pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. Rancangan ini mengandungi topik-topik pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar yang akan dijalankan. Ia disediakan berdasarkan sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar, bertujuan mencapai pembelajaran yang maksimum. Ini adalah kerana setiap perjalanan guru di dalam kelas mesti mempunyai rancangan terlebih dahulu supaya dapat memudahkan dan melancarkan lagi proses pengajaran di dalam kelas.

*      Di sini, jelaslah bagi kita bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran adalah penting kerana:
i. Merupakan suatu panduan kepada guru dalam mengajar topik-topik yang akan disampaikan.
ii. Pemesongan topik dan objektif pembelajaran dapat dielakkan.
iii. Pengajaran dapat dipermudahkan kerana bahan dan alat bantu mengajar                            telah pun dirancang.
iv. Susunan topik-topik pelajaran adalah teratur dan mengikut prinsip pengajaran yang sebenar.
v. Membolehkan guru pengganti mengambil alih tugas dengan mudah.
vi. Penyampaian topik-topik yang telah lepas dan yang akan datang boleh disemak dengan adanya rancangan kerja.
vii. Membantu guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama dalam bilik darjah yang berlainan membuat penyelarasan dengan tujuan mengadakan ujian yang sama.
*      Justeru, penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijayakan. Hal ini adalah kerana kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap penerimaan pelajaran yang diajar dalam kalangan pelajar.




















3.2    KEBAIKAN DAN KELEMAHAN DARI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 


KAEDAH HAFALAN
 



KEBAIKAN
KELEMAHAN
·         Murid akan sentiasa mengingati  rukun solat .
·         Murid akan lebih memberi perhatian sewaktu P & P sedang dijalankan.
·         Minda murid akan lebih tercabar untuk mengingati rukun solat.

·         Tidak semua murid dapat menguasai hafazan tersebut
·         Guru terpaksa tasmik seorang demi seorang untuk memastikan murid menghafal


KAEDAH SYARAHAN/KULIAH
 



KEBAIKAN
KELEMAHAN
·         Murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam.
·         Minda murid akan lebih tercabar untuk mengingati rukun solat.

·         Murid cepat berasa bosan
·          


KAEDAH SOAL JAWAB
 
KEBAIKAN
KELEMAHAN
·         Mendapat tindabalas daripada murid.
·         Dapat mengetahui sejauh mana tumpuan murid di dalam kelas.
·         Murid akan lebih bersedia untuk disoal.
·         Murid akan lebih memberi perhatian sewaktu P & P sedang dijalankan.
·         Minda murid akan lebih tercabar untuk mengingati rukun solat.

·         Setengah murid berasa takut untuk disoal jawab.
·         Guru hendaklah memberi perhatian kepada semua murid.


KAEDAH PERBINCANGAN
 
KEBAIKAN
KELEMAHAN
·         Murid akan lebih fokus pada P & P yang dipelajari.
·         Banyak idea yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.
·         Menaikkan semangat murid untuk membuahkan idea dalam kumpulan.
·         Minda murid akan lebih tercabar untuk mengingati rukun solat.
·         Terdapat murid yang tidak mahu memberi kerjasama
·         Guru hendaklah mengawal murid daripada bising

KAEDAH PERMAINAN
 



KEBAIKAN
KELEMAHAN
·         murid tidak berasa bosan
·          melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka
·          guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain

·         menambah atau membebankan guru untuk menyediakan ABM
·         Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini
·         Menambahkan penggunaan wang sekolah




KAEDAH LATIH TUBI
 



KEBAIKAN
KELEMAHAN
·         Murid mudah mengingati ketika amali di sekolah, di rumah atau dimana saja.
·         Memudahkan murid mengingati semasa menjawab peperiksaan.
·         Mencabar minda murid.
·         Menyedarkan murid bahawa latihan yang dilakukan tidak membebankan.
·         Murid cepat berasa bosan
·         Guru lebih memberi perhatian dan mengulangi perkara yang sama untuk latih tubi lisan.
·         Guru hendaklah kerap menyediakan gerak kerja bertulis




3.3    KESIMPULAN
 



Kaedah yang saya telah jalankan di dalam Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran diantaranya kaedah soal jawab, kaedah syarahan atau penerangan, kaedah latih tubi, kaedah ulangan dan kaedah hafazan.  Dengan teknik-teknik yang saya gunakan ini, ia dapat mempermudahkan saya dalam proses pengajaran  dan membantu murid untuk mudah memahami isi pengajaran yang diajar.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan dari kajian di atas, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amatlah memerlukan kaedah-kaedah pengajaran yang betul dan tidak boleh dipandang ringan dalam satu-satu system pembelajaran yang ideal. Kepentingan kaedah ini sama pentingnya dengan objektif dan kurikulum yang dinyatakan dalam mana-mana system falsafah pendidikan. Kaedah-kaedah yang dijalankan didalam kelas mestilah dapat menarik perhatian dan minat murid dalam mempelajari ilmu yang diajar.  Khususnya matapelajaran Pendidikan Islam.
Kaedah yang di jalankan pada setiap pengajaran yang telah dirangcang dapat membina nilai-nilai kehidupan dan sikap yang baik dalam diri diri murid-murid. Ianya juga dapat membina kasih sayang terhadap kerja dan berusaha melakukan sesuatu dengan cekap, jujur dan sempurna.Ini adalah  kerana, ada kaedah yang memberi erti kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, guru meminta setiap kumpulan melengkapkan carta rukun solat. Dari kaedah ini, murid-murid secara spontan akan memberi kerjasama untuk menyelesaikannya.

No comments:

Post a Comment